PENGENDALI MAKANAN
NAMA : MUHAMAD MUAZ BIN MASROS
NO MATRIK : DPH201924175
KELAS :DPIH 4D
PENGENDALI MAKANAN
Merujuk kepada tafsiran Peraturan-Peraturan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 (Akta 281), "Pengendali makanan" termasuklah mana-mana orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan, menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan dan mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak berbungkus atau perkakas dalam mana-mana premis makanan.
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Fkgawah.pjk.com.my
Pengendali makanan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mndapatkan vaksin daripada pengamal perubatan berdaftar sebelum dibenarkan mengendali makanan di premis makanan.
Adalah menjadi tanggungjawab pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, ataumerupakan pembawa penyakit bawaan makanan untuk tidak memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar.
OBJEKTIF
Untuk memastikan individu yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan makanan bebas dari sebarang bawaan penyakit yang boleh mnyumbang kepada pencemaran makanan contohnya seperti taun, keracunan makanan dan sebagainya.Selain itu, meningkatkan tahap keselamatan dan mutu makanan yang dijual oleh peniaga.
SKOP
Ianya termasuklah semua pekerja dan pelawat.
TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab ini digalas oleh semua pegawai, kakitangan dan pekerja.
PROSEDUR

SUNTIKAN VAKSIN ANTI TIFOID
Mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit tifoid dan mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan atau minuman serta mengelakkan pencemaran silang.
SKOP
Merangkumi semua pekerja yang terlibat di dalam industri.
TANGGUNGJAWAB
Dipertanggungjawabkan kepada semua pegawai, kakitangan dan pekerja.
PROSEDUR
Semua pengendali makanan hendaklah mendapatkan suntikan anti tifoid setiap tiga tahun sekali dan rekod berkaitan disimpan dalam fail Pemeriksaan Kesihatan Anggota.
REKOD
Menyenaraikan semua pekerja bagi suntikan anti tifoid.
AMALAN PENGENDALI
webstaurantstore.com
AM
OBJEKTIF
Untuk mengelakkan pencemaran silang
SKOP
Semua pekerja
TANGGUNGJAWAB
Dipertanggungjawabkan kepada semua pegawai, kakitangan dan pekerja.
PROSEDUR
Pastikan pengendali mengamalkan kebersihan diri, contohnya seperti tidak meludah, merokok, batuk, bersin, dan perbuatan yang yang boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan. Selain itu, apron atau pakaian perlindungan perlu dibuka sekiranya pengendali pergi ke tandas, rehat atau keluar daripada permis.
Seterusnya, makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan secara langsung dengan bahan yang boleh mencemarkan makanan. Disamping itu, semua pengendali makanan yang mengalami luka dan jangkitan kulit perlu memaklumkan kepada pegawai atasan dan membalutnya menggunakan plaster kalis air serta memakai sarung tangan. Kaedah yang betul hendaklah digunakan apabila merasa makanan:
Pemantauan dijalankan setiap minggu (spotchek) menggunakan borang khas dan tindakan pembetulan akan diambil serta merta
REKOD
-Prosedur pengendali makanan dan kawalan penyakit
-Rekod pemeriksan kebersihan pengendali makanan
Perkara yang perlu ada dalam rekod pemeriksaan kebersihan pengendali makanan ialah:
KEBERSIHAN DIRI PENGENDALI DAN PELAWAT
OBJEKTIF
Untuk mengelakkan pencemaran silang
SKOP
Semua pekerja dan pelawat
TANGGUNGJAWAB
Dipertanggungjawabkan kepada semua pegawai, kakitangan dan pekerja.
PROSEDUR
- Pakaian bersih yang sesuai dan memakai pelindung luar atau apron yang berwarna cerah.
- Memakai penutup kepala atau penutup rambut.
- Memakai penutup mulut jika perlu.
- Memakai sarung tangan jika perlu.
- Tidak memakai barang kemas dan aksesori.
- Memakai kasut bertutup jika perlu.
- Pastikan kuku bersih, pendek dan tiada penggunaan pengilat kuku.
- Tiada luka terbuka atau kudis dan dirawat dengan baik.
- Pastikan tidak menggunakan pewangi dan penggunaan losyen di dalam kawasan pmyediaan makanan.
- Pastikan misai dan janggut pendek dan dijaga rapi.
- Dilarang memakai nametag atau tanda nama. Gunakan tanda nama yang bersulam.
- Dilarang memakai tudung bermanik.
- Pakaian Seragam
Borang Pengisytiharan Kesihatan Pelawat
Contoh seperti rajah dibawah: